Thursday, May 21, 2009

Maklumat Penting Untuk Org Perak

Edisi Utara: 20 tukang sembelih ayam Dindings dapat semula tauliah sembelih


Harian Metro, 18 Jan 2006

IPOH: Seramai 20 kakitangan bahagian penyembelihan Syarikat Dindings Poultry Processing Sdn Bhd di Sitiawan, dekat sini, yang sijil halalnya ditarik balik baru-baru ini, menerima semula Sijil Pentauliahan Penyembelihan Halal dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), kelmarin.

Pengarah Jaip, Jamry Sury, berkata sijil itu dikembalikan semula kepada mereka selepas mengadakan pertemuan serta perbincangan mendalam mengenai perkara itu di pejabatnya.

Beliau berkata, dalam perbincangan itu, semua penyembelih terbabit bersetuju untuk mematuhi semua syarat yang ditetapkan oleh Jaip sebelum sijil berkenaan diserahkan semula kepada mereka.

“Ini termasuk memastikan semua ayam yang disembelih itu benar-benar mati dan kaedah penyembelihan dilaksanakan mengikut hukum syarak sebelum dihantar ke peringkat seterusnya termasuk dimasukkan ke dalam mesin pembersihan bulu ayam dan seterusnya diedarkan kepada pengguna di seluruh negara.

“Malah, sekiranya penyembelih terbabit gagal mematuhi syarat yang ditetapkan, pihak Jaip tidak akan teragak-agak untuk menarik kembali sijil berkenaan,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Jamry berkata, selain pemantauan secara berterusan Jaip, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut meletakkan seorang pegawainya di kilang berkenaan bagi memastikan pematuhan terhadap kaedah penyembelihan mengikut syarak berkenaan.

Mengenai perbincangan dengan kumpulan penyembelihan berkenaan, beliau berkata, antara masalah yang diutarakan ialah setiap seorang daripada penyembelih itu terpaksa menyembelih kira-kira 4,000 ekor ayam sehari bermula jam 5 pagi sehingga 3 petang setiap hari.

“Malah, mereka (penyembelih) turut mengakui 0.1 peratus daripada ayam terbabit belum mati walaupun disembelih,” katanya.

“Bagaimanapun, tindakan menyembelih bagi kali kedua itu melanggar hukum syarak dan ayam berkenaan tidak boleh dijual kepada pengguna terutama orang Islam,” katanya.

Jamry berkata, bagi mengatasi perkara itu, pihak kilang terbabit kini cuba memperlahankan proses berkenaan bagi memastikan setiap ekor ayam dapat disembelih dengan sempurna dan benar-benar mati sebelum diproses.

Katanya, manakala ayam yang didapati tidak mati walaupun sudah disembelih bagi kali pertama tidak akan diproses.

Sumber asal:Jabatan Agama Islam Perak dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Perak

Sumber di postkan dari Masjid Solatiah,Ipoh Perak

No comments:

Post a Comment