Wednesday, May 6, 2009

Tasauf-Hati




Hati,in arabic means Qalbun.Tapi ada yang kata dan terjemah qalbun ni jantung.Tapi kebanyakan ramai yang mengambil hujah hati sebagai meaningnya.(hehe ayat rojak)




Semua manusia di muka bumi ini ada satu hati.Dan setiap hati itu mestilah dijaga dengan rapi agar tidak membawa kepada keburukan kepada diri sendiri malah kepada orang lain.

Allah SWT tidak menjadikan 2 hati,3 hati or belambak berapa hati pada seorang manusia.Allah menjadikan satu hati untuk seorang manusia.So,di sini Allah nak tunjukkan kita bahawa buat satu perkara dalam satu masa.

Contoh saya kasi la senang,study sambil dengar radio.Alasan,sebab bosan,pasif ble takde radio untuk stimulus kan kepale otak.No,this is the wrong reason and way.You must follow what the Allah said in Quran.Lagi satu contoh,ketika dalam solat.Sambil solat,tetibe sambil mengurut janggutnya.Allahuakbar.Kalo tengok pak Arab urut janggut,kite pon ikut.Makruh sebenarnya.Ada pendapat yang mengatakan boleh terbatalnya solat seseorang itu apabila melakukan perbuatan sedemikian.Kita kalau nak ikut sesuatu perbuatan,jgnlah tgk pak Arab,deme pon bukannya betol sangat pon.Tengok Al-Quran dan Hadis.Kalo deme tak puas hati gak,kome blasah je senang.(Hehe)

One work at one time.Fullstop.No reason are acceptable.

Kita semua tahu,Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa jika baik benda tu,maka baiklah keseluruhannya.Jika rosak benda itu maka rosaklah keseluruhannya.Ketahuilah bahawa benda yang dimaksudkan itu adalah hati.

Oklah,kita straight to the point je senang.

Didalam ilmu tasauf,hati ini ada 3 jenis sebenarnya.
Wow,hati ada 3 jenis? Boleh ke bedah hati tu tengok apa jenisnya ke? Tak sebenarnya.

Yang dimaksudkan dengan jenis tu pelbagai keseluruhan akhlak seseorang itu mengikut hatinya yang tersendiri.

Saya kasi ikut dari baik ke kurang baik.

Pertama,Qalbun Sahih yakni Hati Suci.
Alhamdulillah,hati suci ni takde pape penyakit.Takde SARS,takde selsema burung,selsema babi,takde Antraks dan sekutu dengannya.Takde hasad,takde dengki,takde sifat ananiyah or takabbur(egoisme) dan seangkatan dengannya. Yang paling penting untuk hati yang suci ni hanyalah kena selalu menjaganya dengan baik.

Bagaimana nak jaga nih? Susah ke kalo selalu pi majlis ilmu,zikrullah,munajat,tahajjud tiap-tiap malam? Kalo nak jaga qalbun sahih,kenalah wat.yang penting apa? Keredhaan Allah diutamakan.

Alhamdulillah.


Kedua,Qalbun Maridh,yakni Hati yang Sakit

Haa,yang ni bahaya walaupon sakit sekejap ke,sakit tapi tak sakit ke.Bahaya.Kene ubat ni.Jangan dibiarkan sampai qalbun tuh dah tertutup dah.Subhanallah Maha Suci Engkau.Kalau qalbun ni,kene ubat skit.Cammana kome nak ubat deme? Pi la majlis ilmu ke,hentak hati tuh dengan zikrullah,baca al-Quran or tadabbur asma' husna(bukan sekadar baca asmaul husna tapi diteliti dan difahami). Dan yang paling penting skali ialah selalu ingat Allah.




Then yang terakhir sekali ialah Qalbun Mayyit yakni Hati Mati

Hati kalau mati,boleh hidup tak kita? Rasa2nya boleh,tapi hidup sengsara kan?
Samalah dalam hati yang telah mati,hidup penuh ngan dosa-dosa,banyak titik-titik hitam telah menconteng dinding suci hati itu.
Nak kenal orang yang hati mati tu senang saje.Deme ni jenis orang yang tak boleh terima apa yang baik.Orang ajak solat,tapi menolak then mengutuk solat ni menyusahkan la.Ish3.Na'uzubillah.Orang ajak amal kebaikan contoh puasa ke,pi masjid ke,tapi deme tak endah.Macam cakap dengan hantu je.Geram gak ngan orang camni.Kang cakap hati mati plak,marah.Tengking tak tentu pasal cam kat PLKN tuh.(hoho)
Allahuakbar!

So,hati kenalah sentiasa dijaga daripada dirosakkan oleh perosak-perosak dunia dan dari musuh-musuh kita yang utama iaitu syaitan.Syaitan tak penah tahu apa yang ada kat hati kita,cume deme letak perasaan sangsi atau was-was kat hati kite.Cuma Allah SWT yang mengetahui hati kita walaupon dalam hati kita kutuk orang la,ego ke.Semua Allah tahu.tak boleh nak disembunyikan.

Jadi,sedikit sebanyak dapat manfaat daripada apa yang saya postkan.Yang baik itu datang daripada Allah,yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.

Wallahu'alamubissawab.
Sekian dari nuisza

No comments:

Post a Comment