Thursday, June 18, 2009

Pe Cer PAS?

KUALA LUMPUR, 17 Jun - Setiusaha Agung, Mustafa Ali PAS menegaskan tidak akan ada perbincangan mengenai Kerajaan Perpaduan tanpa kerjasama dengan DAP dan PKR. Beliau menjelaskan demikian ketika sidang media pagi tadi, bagi menjawab kenyataan dan tawaran Najib berhubung isu Kerajaan Perpaduan semalam.

Dalam Sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS jalan Raja Laut itu, Mustafa menjelaskan bahawa perjuangan PAS yang berpaksikan Islam tidak akan lari daripada Islam apabila bercakap soal perpaduan.

"Jadi sebab itulah kita bercakap PAS for All, kerana perjuangan PAS ini inklusif, bermakna memperjuangkan semua orang" kata beliau.Beliau juga berkata bahawa PAS tidak akan mengkhianati janji yang telah dibuat bersama-sama dengan DAP dan PKR kerana ia lari dari prinsip asas perjuangan Islam."Jadi oleh kerana itu kalau Najib bercakap tentang Unity Government, dia tidak boleh bercakap hanya dengan PAS. Dia mesti bersedia untuk bercakap dengan PKR dengan DAP yang menjadi rakan persefahaman dalam politik malaysia hari ini. Jadi ini yang perlu najib ataupun Umno BN memahami." tegas mustafa.

Menurut beliau, sekiranya Najib tidak mahu melibatkan DAP dan PKR, maka PAS tidak bersedia berbincang dengan UMNO dalam konteks Kerajaan Perpaduan.Beliau berkata bahawa Unity Government berbeza dengan konsep "enggagement" yang juga menjadi pendekatan PAS. PAS bersedia berbincang apa-apa isu dengan kerajaan walaupun tidak disertai oleh DAP dan PKR.

"Sebab kita juga kena memahami antara kita ada perbezaan pandangan dan pendirian dalam isu-isu tertentu. Misalnya soal nak bawak balik Chin peng" "PKR dan DAP setuju. Tetapi PAS tidak setuju. Ini contoh dalam isu yang kita berbeza. Apa sebab, bukan masalah Chin Peng cina atau india, ini masalah perjuangan dia yang telah dijelaskan oleh Mursyidul AM ketika dulu," tambah beliau.

Turut hadir sidang media, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad, setiausaha akhbar presiden, Roslan Shahir, penolong setiausaha jabatan pilihanraya pas, Tuan Syed Mohammad dan setiausaha kerja PAS Pusat, Ustaz Mohamad Khairul.

[http://www.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=2326&Itemid=1]

No comments:

Post a Comment