Friday, June 12, 2009

Redah Redang:Maghi Pakat Jale-jale

Hari Yang Pertama

Ahad,7 Jun 2009







Sebelum berangkat ke Pulau Redang,dalam pukul 6.45 pagi,kami di'jemput' untuk menaiki feri yang boring serta pening.(haha).Tapi keboringan tu hilang bila saya 'menemui' pelangi yang indah yang jarang saya tengok dari mata telinga dan kepala saya.(macam orang jakun plak tak pernah tengok pelangi).Subhanallah!



Perjalanan dari jeti Kuala Terengganu yakni dari jeti di Dataran Syahbandar ke Pulau redang atau dikenali sebagai Pulau Umno (akhi typeace yang kata,hehe) mengambil masa selama 1 jam 15 minit.Memang bosan gila dok kat dalam feri,ditambah lagi dengan kepadatan golongan-golongan same spesies with me (org cina la).Melayu? Ada la satu famili je.Itupun tak ramai.Lebih-lebih lagi orang Terengganu.Maghi pakat malas-malas pi jalejale (loghat ganu).haa,ni ayornya.Jernih gile kan? kalau yang warna biru gelap gelita tu maknanya dalam le tuh(dalam siot).Kalau yang warna biru muda skit tu,dalam sikit je(itupun dalam gak,dalam 15-20 meter,ada berani ka kome?)




Haa,ni la Redang Reef Resort,tempat kami sekeluarga 'membuta'.hehe.Kat Redang ni takda jeti,jadi,kami kena lah naik lagi satu feri kecil yang menghubungkan ke daratan Pulau Redang.Ada pulak seorang cina(bukan famili saya) kata macam ni,sebab jakun:Wow,so fantastic!* Aik? Pe benda yang fantasticnye? Saya raso biasa je.haha.Takpe,orang jakun biarlah.


Ni pula biawak yang mengiringi kami ke resort 4.5 stars yang tak best tu.Sebab harga mahal gila,satu malam lebih kurang RM 300+ la.



nuisza bergambor.tak habis-habis.








Tengoklah kekuasaan Yang Maha Esa.Indah dan permai.subhanallah Maha Suci Allah yang menjadikan langit dan bumi.Tuhan Sekalian Alam.

Hari Yang Kedua

Isnin,8 Jun 2009


letihan dek mandi berjam-jam.Habis aku jadi hitam!hehe



Adik-beradik nuisza yang jakun macam tak pernah mandi kat laut pulok.







Ni waktu time snorkelling pada hari kedua.Alhamdulillah memang best dapat tengok batu karang yang comel-comel dengan ikan Nemo yang poyo sebab lapar nak makan roti.Tapi saya rasa rugi sebab tak loan camera yang boleh hidup kat dalam air.Kalau tak,kome boleh tengok spesis ikan yang poyo tu.Hehe



Ni nuisza berada di Taman Marin,yakni Taman Laut yang dipelihara oleh kerajaan untuk membasmi kemusnahan batu karang.Kat sini takda Ikan Jerung yang gila tu.Banyak batu karang,ikan-ikan dengan penyu.Kome nak tahu tak,kalo kome terambil batu karang,kome boleh didenda oleh kerajaan sebanyak RM 20 000! Haha.(Duit ni boleh buat jalan-jalan makan angin,khususnya ke Mesir ke, :) )



Nuisza yang nampak keletihan.Penat siot bersnorkelling berjam-jam.Letih bangat!



Pantai yang memutih.Pasir yang putih.Eh,jap.Kome nak tahu tak kenapa pasir kat sini(kat redang la mane lagi) halus-halus? Sebenarnya pasir ni datang dari batu karang yang telah reput lama dahulu.Subhanallah! memang halus.Dah la putih.Memang berbeza pasir kat pantai Desaru dengan Pangkor.Anda tak percaya? datang la sini baru boleh taw!

Hari Yang Terakhir

8 Jun 2009



Hari yang terakhir.Sempat bergambor kat depan resort.Ni je la holiday untuk tahun 2009 ni kot.Ataupun holiday yang terakhir untuk aku disini? Sedihnya.huhu

No comments:

Post a Comment