Thursday, July 9, 2009

Minggu Suai Mesra UMS

Hari MSM atau Minggu Suai Mesra 2009 merupakan minggu orientasi untuk mahasiswa baru Universiti Malaysia Sabah untuk menyesuaikan diri sama ada di kampus dan diluar kampus.
Dalam minggu tersebut,banyak tetamu VIP berjaya menghadirkan diri pada majlis-majlis besar terutama perasmian minggu suai mesra yang diketuai oleh Ketua Pengarah MSM 2009,Azizul bin Julirin,pelajar jurusan Sains Akuakultur(mukenya macam akhi Shafiq Zulakifli,sebijik,hehe).dan banyak tetamu kehormat atau VIP seperti Naib Canselor yang menghadiri Majlis Aku Janji & Ikrar dan Majlis Persembahan Bakat yang tak best tu disebabkan keletihan yang mengharungi diri ini.
Tetapi dalam bestnya disini pun ada yang tak bestnya sepanjang orientasi ni.

Yang Best:


1)Dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru dari seluruh Malaysia


2)Dapat menyesuaikan diri dengan keadaan kampus yang kurang dari segi facilities(rak baju
kecik nak mampus)


3) Dapat menguatkan stamina sebab jarak antara kampus dengan Dewan Canselor agak jauh
dan berbukit-bukau(mule2 tak larat,tapi lama2,ok la)

4)dapat makan free(alhamdulillah,yeye walaupon tak sedap,haha)tapi untuk minggu suai mesra
je la


Yang tak Best:

Satu je yang tak best;
Pada 2 Julai lalu,kami mahasiswa terpaksa bergegas pulang ke kampus masing2 selepas taklimat Universiti pada pukul 6.15 petang.Yang saya marah sebenarnya ialah tentang kelewatan kedatangan VIP dan ucapan yang panjang lebar yang memaksa kami balik lambat.Jadi,masuk waktu Maghrib ialah pada pukul 6.34 ,bermakna ada 19 minit sahaja masa untuk kami selesaikan solat asar kami.Tetapi semasa majlis tu berlangsung,pihak PSM telah membenarkan 5 orang untuk keluar dan menyelesaikan solat asar.Tetapi kebanyakan ‘budak’ yang pi solat sebenarnya melepak kat tepi tangga dan merokok smpai ditangkap oleh pihak PSM untuk tindakan yg selanjutnya.Adakah ini ciri-ciri modal insan untuk masa akan datang? Fikir-fikirkanlah ye yob!
Jadinya,bnyk kritikan yg telah diberikan oleh kami semasa sesi soal jawab antara MPP(Majlis Perwakilan Pelajar) tentang masalah ini.

*Program2 gak,tapi solat jangan la lupe yob!*

Actually,this University has its own panggilan.

Nak taw apa panggilan utk Universiti ni?

Kata senior batch 08/09 Geologi,University Masalah Sokmo.

Haha... 

No comments:

Post a Comment