Saturday, July 11, 2009

Puisi:Kali Pertama dan Kedua

Dulu

Satu hari yang cukup indah bagiku

Terasa diri ini asing pabila memanggilmu

Tetapi semuanya berlaku

Setiap detik yang membuatku risau tentangmu

Tetapi apakan daya harapanku ditolak mentah-mentah olehmu

Adakah ku tidak layak bagimu?

Atau hanya angan-angan yang besar yang sentiasa merosakkan perancangan hidupku?

Namun aku tidak berputus asa menggenggam erat janji-janji hidupku

Setelah sekian lama ku bertungkus lumus dalam arus dunia

Yang penuh ke’fanaa’an

Bersepah-sepah hiburan

Bagaikan manusia yang kebuluran

Apabila rezeki yang diperoleh dari Tuhan

Tidak disyukuri serta beriman



Kali kedua ku memangil-manggilmu

Akan tetapi ku diterima bulat-bulat darimu

Namun hati yang tergores dahulu

Membuatkan ku terasa ingin berjauhan darimu

Arghh!

Mengapa aku berasa begitu?

Kali ini harapan yang muncul untukku

Dan bukan ku meminta mu

Dan aku rasa bersalah pada segenap waktu

Kerana telah menolak mu

Buat kali kedua yang terasa asing bagiku

Dan maafkan daku...


Ikhlas dari nuisza
(first puisi)
6.50 am
saturday 11 Julai 2009

UMS,Kota Kinabalu,Sabah.

1 comment: