Monday, August 24, 2009

Ramadhaan

Ramadhan
Bulan yang penuh dengan pengorbanan
Bulan yang banyak dengan dugaan
Bulan di turunnya Al-Quran
Bulan syaitan di’lokap’kan
Malam lailatul Qadar yang di nanti-nantikan
Hanya kepada orang yang beriman
Dengan penuh pengharapan
Akan mencapai kecemerlangan


Ramadhan
Kedatanganmu penuh barakah
Setiap dugaan yang penuh hikmah
Dan setiap detik yang berguna
Di gunakan dengan sebaiknya

Ramadhan
Ku merindui kedatanganmu
Masa mencerna dosa-dosaku
Setahun yang telah berlalu
Telah banyak melanggar perintahMu
Ku memohon padaMu
Agar di terima amalan-amalanku

Ramadhan
Ku harap ramadhan kali ini
Lebih baik daripada Ramadhan yang lepas
Dan dapat menjauhi perkara yang largha
Atau perkara yang bermaksiat dan seumpamanya
Moga diri ini diberkati olehNya
Dan dilimpahi dengan rahmatNya
Supaya tergolong dengan orang-orang yang bertaqwa

Ramadhan
Kali ini kedatanganmu
Tidak akan ku persiakan setiap waktu
Kerana kesyukuran yang menyelinap dalam diriku
Kerana Allah, aku bertemu dengan Ramadhan yang ditunggu-tunggu


Nuisza
UMS Kota Kinabalu
8/23/2009 (2 Ramadhaan 1430) : 2.14 am

Wednesday, August 19, 2009

Saya Mestilah Muslim di Sudut Ibadah

Pengenalan
Ibadah itu terbahagi kepada dua paradox:
1)Ibadah Khusus
2)Ibadah Am

Ibadah adalah merupakan puncak(kemuncak,respon,keinginan) bagi mematuhi kepatuhan dan kerendahan kepada Allah SWT.

Ibadah ini juga di tafsirkan sebagai sesuatu yang menaiki di mana ia bermula dari saat anak tangga pertatehan di antara kita dengan Allah.

Ibadah juga bermaksud mengabdikan diri kepada Allah dengan bertujuan mematuhi segala perintah dan menjauhi larangan-Nya demi mencari keredhaan-Nya.


Terjemahan:Tidak aku(Allah) jadikan jins dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepada aku

Say (O Muhammad SAW): "Verily, my Salat (prayer), my sacrifice, my living, and my dying are for Allah, the Lord of the 'Alamin (mankind, jinns and all that exists).

Apa yang kita kena faham tentang Ibadah?Are you really understand about this?

1)Memastikan ibadah mempunyai hubungan dengan Allah

Dalam hal ini,Sheikh Fathi Yakan mengulaskan tentang perasaan ‘ihsan’ yang patut kita develop dari hati masing-masing.

Ya,anda mesti tahu tentang ihsan,dari kata dasar madi yang bermaksud baik,tetapi berdasarkan salah satu hadits Rasulullah SAW dalam hadis 40 karya Imam Nawawi,ihsan disini bermaksud:

Menyembah Allah seolah-olah kita melihatnya,dan jika tidak,seolah-olah Allah melihat kita.

2)Melakukan ibadah dengan khushu’

Setiap perbuatan ada ganjarannya,sama ada yang baik atau yang buruk,semua ada balasannya tidak kira sesiapa yang pembuatnya.

Nowadays,too many people search for duniawi without the presence of intention (or niat).
Many deeds used not for good products,so,no quality are formed.Niat is very main important deeds that must be appy by all the muslims.There is no other excuse to escape it.

For muslims,set your goals in all your deeds.But,what is your goal?Success? Mumtaz? Or fail and dhoif?

Yes to all,but the main point that is the intention for getting His Blessing or known as ‘mardhatillah’.

This is the proper job for you muslims.

Good job.

Absolute.

Perfect.

Be serious for this intention.Search for His Blessing.

Nabi bersabda:Berapa ramai yang mengerjakan solat,tetapi habuan yang dapat hanyalah penat dan letih
(Riwayat an-Nasa’ie)

So muslimun,do you get what have been said by our Prophet? Like a dust,maybe will be very bad from this.Beware!
Ikhlas the main reason for you to achieve what do you have been targeted.

3)Beribadah dalam keadaan hati saya merasai kehadiran Allah,membuang dan melupakan dunia serta hiruk pikuknya.

Sebahagian ulama berkata seperti ini:solat itu adalah urusan akhirat,barangsiapa telah mengerjakannya maka bererti kamu telah keluar dari dunia
Ni sebahagian daripada ilmu tasauf.

Hasan al-Basri pon telah berkata:setiap solat yang tidak disertai dengan kehadiran hati(niat yang betul) maka ia telah berada serta hamper kepada seksaan.

4)Beribadah dalam keadaan sentiasa ingin menambahkannya.

Beribadah bagi orang yang khushu’ bagaikan ingin menambahkannya,seringkali merasa diri tidak puas,dan sentiasa ingin men-topup dengan harapan untuk mencari keredhaan Allah.
So,how?Buatlah amal ibadah-ibadah sunat,berpuasa sunat ka,banyakkan solat sunat rawatib ka dan bla-bla(banyak boleh buat bah)

5)Mendirikan solat malam atau qiyammullail

Latih diri dengan sentiasa bangun malam,tidak kira dengan apa cara sekalipun sehingga diri sudah biasa dengan keadaan tersebut.

Be strong muslims for qiyam,nothing is impossible to do.Get your bless by turning up your qiyam everyday, and with good intention please!

Sebab qiyam ini adalah salah satu sumber kekuatan yang memantapkan iman seseorang.Siapa yang buat,maka dia yang dapat apa yang dia buat.

They used to sleep but little by night [invoking their Lord (Allah) and praying, with fear and hope].


And in the hours before dawn, they were (found) asking (Allah) for forgiveness,

6)Meluangkan masa dengan secukupnya dengan mentadabbur Al-Quran dan menghayati maksudnya terutama di waktu Dhuha.


Perform As¬Salat (Iqamat-as-Salat) from mid-day till the darkness of the night (i.e. the Zuhr, 'Asr, Maghrib, and 'Isha' prayers), and recite the Quran in the early dawn (i.e. the morning prayer). Verily, the recitation of the Quran in the early dawn is ever witnessed (attended by the angels in charge of mankind of the day and the night).

7)Berdoa setiap masa

Doa adalah salah satu ibadah yang menjadi perantaraan kita dengan Allah SWT dalam setiap urusan kehidupan.
Fathi Yakan berkata:Kerana doa adalah otak bagi segala ibadah.
Terdapat 26 jenis doa yang ma’thur yang selalu di baca oleh Rasulullah SAW(ada dalam hadis 40 karya Imam Nawawi,aku tak hafal pun)
Doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.Nak protect diri anda dari di serang virus-virus Trojan maksiat?
Pakai lah kaspersky doa.Baru lah cun! Insya-Allah.Amin.

(Di petik daripada DIMAN-Usrah berlepak di Masjid UMS)~Takut terlupa nanti

Buku asal:Fathi Yakan





Saturday, August 15, 2009

Syurga Di bawah Telapak Kaki Ibu

Tanggal 16 Ogos 2009 adalah hari yang di nanti-nantikan oleh ku.



Sebab?

Hari tersebut hari bersejarah untuk ibuku yang lahir pada 16/8/1963,sudah 46 tahun rupanya.



Kali pertama aku nak ucapkan selamat hari ibu pada bumi yang terasing di sabah.



Dia sudah berjaya mendidikku dari kecil buaian sampai ke menara gading.



Aku bersyukur kerana dikurniakan dengan 2 insan yang paling penting dalam hidupku,walaupun aku sering mengkhianati serta banyak melakukan kesalahan terhadapnya,aku tetap berpegang teguh akan memeliharanya.Insya-Allah.Amin



Semoga dia panjang umur,murah rezeki,di rahmati dan diberkati oleh-Nya.

Amin.



Ya Allah,Kau ampunilah dosa-dosa ku dan dosa kedua-dua ibu bapaku seperti mana mereka telah mendidikku sejak dari kecil lagi.Ya Allah,Kau perkenankanlah doa ku ini.Amin!!!!!!!!!






My destination:Kudat the Tips of Borneo

Tanggal 17-18 Ogos 2009,saya bersama rakan-rakan doktor perbatuan (sebab budak-budak medik yang panggil kami doktor,asalnya geology ajos,haha)akan mengadakan lawatan kerja ke satu tempat yang paling unik yang sememangnya tidak terdapat di semenanjung dan bahkan lebih lawa serta 'cun' daripada semenanjung,iaitu Kudat yang di gelar 'The Tips of Borneo'.



Kami akan mengadakan lawatan sempena kerja amali Paleontology (banyak membicarakan tentang hasil kehidupan dan morfologi serta ciri-ciri fossil yang reput) yang banyak terdapat kat Chapter Biodiversity(yang tajuknya dekat buku matriks2 dulu2 tuh)



So,kalau saya nak cerita sekarang,takde feeling la plak.

So,tunggu aku tangkap-tangkap gambar yang menarik la(kalau aku tak lupa nak bawa kamera la)





Orang Geologi panggil dia ni batu Cobaltite.






Ni batu stibnite,tak lawa pon.





Ni Molybdenite.Yang silver2 tu mineral.


(Boleh buat jual,haha)

Friday, August 14, 2009

Target Minggu Ini

Insha^Allah pada cuti pertengahan semester yang singkat ni,saya sudah menyenarai pendek ‘tagerty performance’ yang saya akan kejar sepenuhnya dan akan memberikan komitmen yang sepenuhnya kepada tiga ‘target performance’ ni:


1)Menyelesaikan 15 % dari salah satu juzuk iaitu juzuk yang ke-28 yang saya masih terkial-kial tak complete sejak dari bangku matriks lagi.(Harap dapat berjalan dengan lancar)


2)Disk defragment balik mata pelajaran teras:Geomorfologi,Geologi Asas 1 dan paleontology sebab peperiksaan pertengahan akan bermula minggu depan!!!(26 dan 28 Ogos ini)


3)Membaca buku-buku Geologi untuk menambahkan RAM yang masih lembab ni.

Semoga semua dapat berjalan dengan lancar.insha^Allah

Sunday, August 9, 2009

Syaaban

Bersama Ustaz Zahazan Mohamed

DALAM hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Aisyah menjelaskan: "Tidak pernah Rasulullah SAW berpuasa dalam satu bulan lebih banyak daripada puasanya ketika Syaaban, ada kalanya sebulan penuh dan ada kalanya hampir penuh melainkan beberapa hari yang Baginda tidak berpuasa padanya."

Hadis ini ternyata memberikan keterangan yang tidak dapat disangkal mengenai keutamaan puasa pada Syaaban. Namun, bagi yang kurang berkemampuan panduan yang dijelaskan dalam hadis lain mungkin boleh memberikan idea kadar paling sedikit yang boleh dilakukan untuk mendapat kemuliaan Syaaban. Ia turut berpandukan hadis sahih lain contohnya:
Abu Hurairah berkata: "Junjunganku SAW pernah berpesan kepadaku supaya puasa tiga hari sebulan, solat dua rakaat dhuha dan solat witir sebelum tidur." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Abu Zarr berkata: "Rasulullah SAW bersabda: "Jika kau berpuasa tiga hari sebulan, puasalah pada 13, 14 dan 15 bulan berkenaan." (Riwayat al-Tirmizi). Dalam hadis yang mengandungi penjelasan sama mengenai 13, 14 dan 15 ini, Qatadah Miljan menamakan hari berkenaan sebagai hari putih ( Ayyam al-Bid).

Ibn Abbas menyatakan: "Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan puasa pada hari putih sama ada ketika Baginda tinggal tetap atau bermusafir." ( Riwayat al-Nasaeiy).

Abu Hurairah berkata: "Rasulullah SAW bersabda: "Amalan diperiksa setiap Isnin dan Khamis, maka aku suka diperiksa amalku dalam keadaan sedang berpuasa." (Riwayat al-Tirmizi).

Dalam hadis yang menerangkan kaifiat puasa bagi sahabat yang inginkan lebih ganjaran kerana kemampuannya, al-Bukhari meriwayatkan hadis daripada Abdullah Amru yang berkata: "Saya sentiasa berpuasa pada siang dan berqiamulail sepanjang malam wahai Nabi SAW selama hayat saya. Nabi memberitahu saya, kau tidak akan mampu melakukannya ! Hendaklah engkau berpuasa dan berbuka. Qiyam dan berehat, memadailah bagimu berpuasa tiga hari sebulan. Sesungguhnya kebaikan di sisi Allah SWT diganda 10 kali dan dengan cara itu sudah dikira puasa setahun. "Saya menjawab, mampu melakukan lebih daripada itu wahai Nabi! Jawab Nabi, berpuasa sehari dan berbuka dua hari. "Saya menjawab, mampu lebih daripada itu! Nabi SAW berkata, berpuasalah olehmu sehari dan berbukalah sehari, maka itulah puasa Daud AS dan itulah keutamaan jenis puasa."

Ada variasi membabitkan amalan dan perintah Baginda berpuasa sunat sebulan seperti digambarkan hadis sahih di atas, sampai kepada kita secara mutawatir memberikan anjuran pelaksanaan bagi meraikan manusia yang mempunyai pelbagai tahap dan batasan kemampuan.

Bagi yang mampu memperbanyakkan puasa pada Syaaban bakal mendapat pahala amat besar. Bagi golongan bekerja berat atau wanita yang tidak mahu terlepas peluang, boleh memilih puasa Isnin dengan Khamis atau tiga hari sebulan atau pertengahan bulan Islam yang dikenali sebagai hari putih.

Kepada mereka yang melakukan kerja berat dan ibu menyusukan anak atau golongan tidak berupaya berpuasa kerana bermusafir, peluang mendapat pahala puasa ini masih terbuka iaitu dengan menaja atau menyediakan jamuan berbuka.

Hal ini jelas disebut dalam hadis sahih seperti hadis diriwayatkan Imam al-Tirmizi, bermaksud: "Nabi SAW bersabda, sesiapa yang memberi makanan untuk membolehkan seseorang berpuasa berbuka dengannya, maka dia memperoleh pahala orang yang berbuka dengan tidak mengurangkan pahala orang itu sedikit pun."

Semoga Allah SWT merahmati Imam Nawawi ulama murabbi yang unggul itu, apabila menyusun kitabnya Riyadhus salihin, beliau meletakkan bab itu berangkaian antara satu dengan lain supaya pembaca berupaya melihat keluasan spektrum laluan menjadi insan mulia bahkan lebih daripada itu, darjat kesalihan. Jika kita sukar beramal kerana masalah kewangan atau kesihatan, sentiasalah melihat kepada kepelbagaian wadah penerimaan di sisi-Nya.

Saturday, August 8, 2009

Kepada si dia..




Pada 8/8/2009 ini merupakan hari yang bersejarah dan bahagia buat si dia untuk kali ke 2X.hehe

Sudah hampir setahun setengah (kot la) aku mengenali si dia ni.hehe.Tapi kami tak pernah jumpa walaupun sebenarnya tidak ingin berjumpa(poyo la haha).

Semoga si dia panjang umur dan murah rezeki.Amin.

Selamat hari ulang tahun yang ke-2X typeace!!