Friday, September 25, 2009

Projek Cerpen Nuisza Nokotta 2010

Projek kali ini lebih kepada mega-performance,yakni memerlukan gandingan beberapa muka lama dan baru serta senior dan junior.hehe

Sempena Projek Cerpen Nuisza atau di khaskan : Pro-pen 2010,nama nuisza tidak lagi akan di gandingkan dengan asalnya,iaitu NUAIM NUISZA,tetapi akan di gandingkan dengan nama NUISZA NOKOTTA hanya untuk tahun 2010 sahaja.

Nokotta di ambil dari kata dalam bahasa jepun yang selalu di pakai oleh orang sumo Jepun yang membawa maksud:'tiada kejayaan melainkan dengan usaha dan tidak mudah berputus asa'.
Selain itu,saya nak buat projek ini bukan kerana ingin mendapatkan nama or kepopulariti semata-mata,tetapi saya buat cerpen ini hanya kerana ingin mendapatkan kepuasan sehingga saya habis berhempas pulas dan usaha untuk memberikan apa yang terbaik daripada saya.
Jadi,saya harap cerpen ini memberikan kepuasan kepada saya dan kepada anda semua.
Kata orang Sabah: OK bah!
:)

Salam Aidilfitri

Hari raya Aidilfitri pada tahun ini,amat memberangsangkan tetapi bagi saya,raya tahun ini amat singkat sebab dapat raya selama 9 hari sahaja :(

Tapi yang amat menggelikan hati saya,walaupun saya sudah masuk alam universiti yang serba salah ini,tapi saya dapat juga banyak duit raya.hehe

Komen: Kepada kawan-kawan sebaya saya,jangan jeles kenapa saya dapat banyak duit raya,hehe

Tidak lupa kepada abang typeace,insya-Allah lain kali kita berjumpa lagi di Johor.Hari tuh,saya masih lagi beraya di johor kat kampung Kurnia,JB,tapi lambat sikit bagitahunya,sorry for all this mistakes.Next raya,I'll see you in front of me.hehe
Gambar ini di ambil sekitar saya berada di Rumah arwah Pak Din,Taman Pelangi,Johor Bahru,Johor.

Nuisza dengan 'baby' nya~hanna ke anna,ntah la,aku lupa nama budak ni.hehe(bila masa pula aku kahwin ni,adoii)





Siapa sebelah nuisza tu?

Abatuk panggilan atuk untuk orang Johor,special sikit) dengan sepupu sebaya aku,farah(no. telefon dia 0123456789,tekan-tekan tak dapat,kah3)


Dari kanan:maktok,abah dengan Pak Awin

Monday, September 7, 2009

Mother:Fil Qalbi

Tanggal 3 September 2009 bersamaan 13 Ramadhaan 1430 H pada hari Khamis malam Jumaat,antara jam 5.00-5.10 petang,bondaku telah pulang kerahmatullah kerana penyakit kanser tahap 4.



Semoga bulan Ramadhan yang penuh barakah ini,menjadi titik permulaan saya memulakan hidup saya dengan ketiadaan bonda di sisiku,yang merupakan ibuku yang pertama dan terakhir dalam hidupku.Semoga pemergiannya menjadi pembakar semangat kepadaku untuk terus bertahan,bersabar,tabah dan berkorban hidup untuk meneruskan perjalanan bagaikan seorang musafir yang sedang dalam perjalanan dalam sebuah padang pasir yang kering kontang yang penuh dengan cabaran,begitulah seadanya.


Namun,hakikatnya hidup mesti di teruskan.Ku akan mendoakannya setiap hari,setiap waktu dan setiap masa.



Moga doaku dimaqbulkan olehNya.Amin.



Semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya pada bulan penuh barakah ini.



video