Monday, September 7, 2009

Mother:Fil Qalbi

Tanggal 3 September 2009 bersamaan 13 Ramadhaan 1430 H pada hari Khamis malam Jumaat,antara jam 5.00-5.10 petang,bondaku telah pulang kerahmatullah kerana penyakit kanser tahap 4.



Semoga bulan Ramadhan yang penuh barakah ini,menjadi titik permulaan saya memulakan hidup saya dengan ketiadaan bonda di sisiku,yang merupakan ibuku yang pertama dan terakhir dalam hidupku.Semoga pemergiannya menjadi pembakar semangat kepadaku untuk terus bertahan,bersabar,tabah dan berkorban hidup untuk meneruskan perjalanan bagaikan seorang musafir yang sedang dalam perjalanan dalam sebuah padang pasir yang kering kontang yang penuh dengan cabaran,begitulah seadanya.


Namun,hakikatnya hidup mesti di teruskan.Ku akan mendoakannya setiap hari,setiap waktu dan setiap masa.



Moga doaku dimaqbulkan olehNya.Amin.



Semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya pada bulan penuh barakah ini.



No comments:

Post a Comment