Friday, December 25, 2009

Puisi: Kezaliman Kegelapan

Kezaliman Kegelapan

Di saat kau hadir memancarkan kegelapan

Saat itulah semua sanubari ketakutan

Cahaya bergemerlapan bertukar cahaya kezaliman

Puing-puing jatuh berkeliaran bersangkakan

Adanya fitnah dan mengadu domba jadi sandaran


Tatkala kejernihan keimanan dan ketaqwaan

Sudah lama hilang meninggalkan seorang insan

Tiada harapan kecuali keinsafan

Menjadi wahdah pemangkin kehidupan


Peluru berkejaran di sana sini

Bagaikan paku di ketuk tukul

Kemahuan menzalimi diri sendiri

Menjadi intipati sanubari


Hilangnya kemanisan madu terus di rasai

Hilangnya ibu dari seorang anak yang di cintai

Terputusnya saraf-saraf dari kekuatan tali

Semuanya habis terbakar menjadi

Sebuah kezaliman kegelapan yang mengepung duniawi.


Muhammad Nu’aim Bin Md Isa

Kampung Makam,Kota Tinggi,Johor.

21 Dis 2009,4.01 pm