Wednesday, January 20, 2010

Persembahan Sajak

Tanggal 17 Januari 2010 dalam jam 10.09 pagi, saya terkejut bagaikan sang mentari tak memancarkan sinarannya di bumi kerana deringan panggilan telefon dari seorang sahabat bernama Shafiq Zulakifli. Beliau memaklumkan bahawa sajak saya terpampang di dalam Berita Minggu.


Alhamdulillah syukur pada Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,dengan izin-Nya hasil karya saya yang kedua telah di siarkan di dalam surat khabar.
Pagi tersebut saya masih tidur lagi . Apakan tidak,pada malam tersebut saya bermain permainan PES 2010 dalam laptop sampai pukul 3 pagi. Lepas itu baru tidur,dan kemudian bangun solat dan kemudian tidur balik. Hehehe

Selepas mengetahui perkara tersebut,saya bergegas bersiap-siapkan diri untuk pergi ke Centre Point di bandar Kota Kinabalu untuk membeli Berita Minggu.
Dan ternyata bukti memang sah bahawa karya pertama saya berjaya di siarkan. Alhamdulillah.

Paradoks:
Sebenarnya sajak Kembali ini saya buat sempena konflik besar yang berlaku ke atas diri saya. Kerana saya mahu kembali kea rah yang benar,saya nukilkan sajak ini demi kekuatan saya menghadapi segala onak cabaran yang kian bergelora pada masa kini. Semoga saya berjaya menghadapi semua ini walaupun nampak macam susah!

Sunday, January 10, 2010

Puisi:Kembali

Kembali

Air mata jatuh bagaikan gerimis

Ombak-ombak kehidupan kini bergelora

Kekar-kekar khilaf tidak kelihatan

Pabila kata-kata insaf di ungkapkan.


Ribut dan angin datang merosakkan

Di Setiap penjuru menghadirkan

Lewat masa yang menentukan

Di mana kesalahan dan kesilapan

Yang sebenarnya di tutupkan


Zarah-zarah ilmu jadi ikutan

Tewasnya Syaitan-syaitan kemarahan kerana di padamkan

Barangkali kekuatan manhaj jadi panduan

Di setiap haruman yang berbuah-buah mewangikan

Dan kembalilah kepada manhaj Tuhan!


Muhammad Nu’aim Bin Md Isa

31/12/2009;12.31 pm

Universiti Malaysia Sabah,Kota Kinabalu,Sabah.