Saturday, February 27, 2010

Puisi: Getaran Ilmu Tonggak UMS

Getaran Ilmu Tonggak UMS

Denyutan nafas melaju

Terpacak sang pejuang menusuk kalbu

Kerana zarah-zarah ilmu di padu

Sebagai tonggak UMS akan maju




Ombak berhempas-hempas bersendirian

Tatkala sang pejuang memburu kejayaan

Di alam universiti terasa kejayaan

Pada setiap zarah ilmu di getarkan

Bergema ilmu menewaskan kekar kejahilan




Jiwa hanyut arus dunia semasa

Barangkali impian tersingkap erat di dada

Mengubah kegelapan kepada bercahaya

Mengubah kesesatan kepada kebenaran

Pabila getaran ilmu menjadi tonggak utama!



Di sebalik tabir:

Saya mempertaruhkan satu sajak sahaja daripada 3 sajak yang di beri peluang oleh hakim-hakim. Justeru, saya hanya inginkan kepuasan dari setiap pembaca yang membaca dan mentafsir sajak saya. Insya-Allah jika ada rezeki, saya akan buat lagi sajak yang lain pada masa akan datang.