Saturday, March 27, 2010

Puisi: Semporna

Semporna

Detik berputar sambil kepenatan
Menunggu sehingga sampai ke pelabuhan
Sendi-sendi kaki tegak berjalan
Demi melihat kuasa Tuhan

Bayu bertiup di Pulau Sipadan
Ikan-ikan bermain keseronokan
Barisan terumbu karang gagah bersandarkan
Pada syurga lautan yang terbentang kecantikan

Rumpai laut menjadi idaman
Ombak-ombak berhempas-hempas bersendirian
Sang mentari menyengat agar menghindarkan
Segala terobosan pendatang yang tak di izinkan

Endapan Pulau Mabul amat mengasyikkan
Segala khazanah bumi di setiap kepingan
Yang menjanjikan kepuasan
Kerana kraftangan Semporna itulah Mabul dan Sipadan.

Muhammad Nu’aim Md Isa
Geologi,UMS,Sabah.

No comments:

Post a Comment