Wednesday, March 16, 2011

Gelombang Pelabuhan

Salam buat saudara/ri sekalian. Kali ini warkah aku khas di 'terjemah' kan dalam bahasa Melayu, kerana dek masa yang padat dan sempit membuatkan aku lebih berat sekali lagi untuk menulis sementara di dalam blog kesayangan ini. Namun Alhamdulillah kekuatan jasmani dan rohani kadang-kadang membuatkan aku bersemangat berkobar-kobar, kadang-kadang kurang bersemangat, seterusnya langsung tidak bersemangat. Alahai sayangnya aku bila aku mudah menjadi lemah, baru di kenakan sedikit godaan, cabaran yang berliku-liku di depan mata yang langsung aku tak expect, namun kejayaan sesuatu amal di lihat pada ending-nya. Moga-moga dengan rahmat dan inayah-Nya aku dapat merentasi liku yang mencabar ini.

Sepanjang 3 minggu lepas, aku mengalami sedikit kesakitan di bahagian otak. Entah la tak tahu pula aku apa puncanya. Kadang-kadang aku susah nak ingat nama orang, atau senang cerita nak 'cam' orang. Tak silap aku, dalam anatomy kepala kita, ada satu bahagian yang di namakan 'amygdala' ini berfungsinya sebagai mengingat nama dan karakter orang yang telah kita tahu. Aku sungguh tak tahu la kenapa aku susah nak ingat nama orang sepanjang 3 minggu lepas, jarang aku menerima 'kesakitan' seperti ini. Paling-paling pun aku lupa fakta pun sudah cukup nak kata 'normal'. Namun memandangkan aku sudah 'kehilangan' sedikit, aku rasa aku kurang protein dalam otak. Contohnya ikan yang banyak kandungan protein. Sejak aku bertukar haluan makan di cafe Kolej Kediaman CD, manakan tidak semuanya ayam aku rembatnya. Manakan tidak nanti tinggi kandungan LDL (Lower Density Lipoprotein) dan kurang HDL (High Density Lipoprotein) dalam badan aku nanti. Nanti ada yang rasa sakit itu dan ini, hohoho, aku tak mahu menanggung risiko.



Tukar topik la, tentang Tsunami baru-baru ini yang melanda Jepun. Musibah yang besar telah melanda penghuni kepulauan Jepun khususnya di Fukushima. Tsunami asalnya daripada kata nama Jepun, yang bermaksud Tsu- (Pelabuhan) dan -Nami (Gelombang). Biasanya ombak ini terjadi di sebabkan gelombang yang di hasilkan oleh gegaran di bawah laut. Gegaran yang kuat akan menghasilkan gelombang yang kuat, maka ombak yang lebih besar akan terhasil mengikut pada panduan hukum alam fizik. Bila gegaran yang lemah maka akan menghasilkan gelombang dan ombak yang lemah. Tsunami di ibaratkan seperti penyapu, yang menyapu semua tidak kira bangunan dan struktur-struktur yang kononnya mampu berdiri megah. Tsunami juga boleh terjadi apabila letupan volkano di dasar laut yang kuat sambil mengeluarkan lava yang comel itu. Bila aku lihat bencana Tsunami di Jepun itu, terdetik hati yang memancarkan signal 'Bumi Stress'. Jangan anda fikir bumi ini macam manusia, ada manusia tak pandai kawal stress dan ada yang pandai mengawalnya. Andai kata bumi ini tidak pandai mengawal 'stress'nya, confirm hancur dunia ini. Bumi pun pandai mengawal, manakan manusia mestilah pandai mengawal juga! Cumanya manusia perlu motivasi, bumi tak perlu semua itu jangan risau.


Pusaran Air yang terhasil akibat pertembungan 2 amplitud ombak tsunami


Daerah Fukushima yang mengalami bencana Tsunami

Seluruh media amnya radio, tv, internet yang memaparkan cerita di sebalik tabir bencana tersebut. Ramai yang mengetahuinya, ramai yang mahu menolong, ramai yang mengambil tindakan dan blablabla. Paling memeranjatkan ialah mengenai pembocoran nuklear reaktor yang terletak di Fukushima juga. Radiasi boleh menyebabkan kanser dan seterusnya kematian. Ada seorang sahabat aku yang bakal bergelar Doktor MBBS tanya aku tentang radiasi, bolehkah radiasi ini sampai ke Malaysia? Aku jawab,'Maybe tak boleh la bro, radiasi ini mungkin tidak akan sampai ke Malaysia, melihat pada tahap sekarang . Anda doktor perlu bersedia sahaja jika ada kes-kes yang sengaja meme'radiasi'kan diri sendiri la.' Dia membalas,' Bukan apa, aku cuma nak tahu saja, sebab kerja kami (doktor) hanya mengesan pesakit sama ada kena radiasi ataupun tidak, dan hanya pandai buat chemoterapy jika perlu dan potong kanser tersebut daripada terus merebak ke organ lain. Just pandai main potong-potong je. Yang cerita lain aku tak tahu....' Begitulah sedikit sebanyak perbualan tentang pathology bumi (penyakit-penyakit dalaman dan luaran untuk bumi) yang kadangkala di selitkan perasaan gelak-gelak dan tawa riang. Sambil dia membelek-belek buku Natural Hazards and Disasters oleh Donald Hyndman dan David Hyndman, banyak juga soalan dia tanya tentang Geologi. Alhamdulillah dapat la aku jawab mengikut kefahaman untuk seorang doktor. Tak perlu jawab berlebih-lebihan, takut nanti dia tak faham dan lebih takut bila aku langsung tak faham apa yang aku terangkan. Nah macam jawab soalan exam, jawab apa yang perlu sahaja. Wallahu'alamu bissawaab.

Lihat sahaja kepada kesan radiasi yang berlaku di Chernobyl, Ukraine sekitar tahun 1986. Banyak negara Eropah di cemari oleh pembunuh radiasi ini. Kematian beratus puluhan ribu yang merebah ke bumi. Biasanya skala bagi kesan radiasi Agensi Atom Antarabangsa (IAEA) adalah maksimum, iaitu 7 daripada 7. Memang dahsyat sedahsyat-dahsyatnya. Inikan pula kebakaran yang berlaku di loji nuklear yang besar Fukushima. Ada mazhab kata 6, ada yang kata 5 dan ada kata 'bakal 7'. Entah la mana satu yang betul, aku tidak tahu. Mudah-mudahan dengan izin Allah SWT menjauhkan mereka daripada bencana tertier itu.



Allah SWT berfirman mafhumnya dalam Surah Yunus ayat 22-23 yang bermaksud:

{22} هُوَ الَّذِي يُسَيِّرُكُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ حَتَّى إِذَا كُنْتُمْ فِي الْفُلْكِ وَجَرَيْنَ بِهِمْ بِرِيحٍ طَيِّبَةٍ وَفَرِحُوا بِهَا جَاءَتْهَا رِيحٌ عَاصِفٌ وَجَاءَهُمُ الْمَوْجُ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ أُحِيطَ بِهِمْ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ لَئِنْ أَنْجَيْتَنَا مِنْ هَذِهِ لَنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِينَ

Dialah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur.


{23} فَلَمَّا أَنْجَاهُمْ إِذَا هُمْ يَبْغُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّمَا بَغْيُكُمْ عَلَى أَنْفُسِكُمْ مَتَاعَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ثُمَّ إِلَيْنَا مَرْجِعُكُمْ فَنُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Kemudian bila sahaja Allah selamatkan mereka, mereka dengan serta-merta merebakkan perbuatan derhaka di bumi dengan tidak ada sebarang alasan yang benar. Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan kamu menderhaka itu hanyalah bala bencana terhadap diri kamu sendiri. (Dengan itu kamu hanya dapat merasai) kesenangan hidup di dunia (bagi sementara); kemudian kepada kamilah tempat kembalinya kamu, maka Kami akan memberitahu apa yang kamu telah lakukan.


Ingatlah saudara/ri sekalian, pernah kita mengalami kesusahan yang amat berat sekali sehingga kita tak boleh nak proceed problem itu ke another step kan? Kadang-kadang kita ada yang berputus asa untuk menghadapi semua itu, dan ada yang berjaya membersihkan luka-luka dosa dari kotoran dengan baik. Ingat, Allah SWT sentiasa menguji hamba-Nya dengan ujian yang tak di sangka-sangka. Banyak antara kita rebah, bila dah menikmati pelbagai ni'mat yang sempurna yang di ingini, ada yang lupa daratan apabila menikmati pemberian tersebut. Terpulang kepada anda menilai meng-refleksi, tapi perkara ini banyak sekali berlaku di seluruh masyarakat dunia khususnya orang Islam sendiri. Pernah seorang Imaam Abul A'ala al-Mawdudiy yang berasal dari India, dalam khutbahnya yang penuh dengan perisian, iaitu tentang dasar-dasar Islam. Muslim yang sejati dan muslim hanya pada nama sahaja. Berbeza muslim yang sejati, apabila mendapat ni'mat yang di berikan sama ada di hajati atupun tidak, namun cinta magnetnya pada Allah masih utuh. Apabila mendapat kesenangan, mereka tidak lupakan Allah dan apabila mereka mendapat kesusahan yakni ujian yang berat, mereka juga tidak lupakan Allah. Itulah mereka Muslim yang sejati, sentiasa mengingati Allah dan patuh kepada-Nya. Tunduk dan patuh pada-Nya. Jangan kita menjadi seperti pepatah Melayu yang selalu kita dengar, bagaikan kacang lupakan kulit. Baru di timpa kesusahan baru lah nak ingat Allah namun bila kita senang, maka kita akan leka dan lupa pada Allah.

Moga-moga dengan warkah kali ini yang serba kekurangan ini dapat di manfaatkan oleh saudara/ri semua. Di doakan semoga hidup kita de berkati olehnya, dan di bawah rahmat-Nya. Amin :)