Saturday, May 14, 2011

Habis!




Alhamdulillah, sepanjang 3 minggu dalam bulan Mei ini, banyak pembelajaran dan pengajaran yang dapat juga aku kutip satu persatu walaupun tidak memuaskan hati langsung. Ialah sebagai mahasiswa yang bakal menjadi tonggak peneraju masa hadapan, banyak lagi cabaran dan dugaan yang perlu di tempuhi, tidak kira masa dan tempat, semuanya berlandaskan kehendak-Nya. Allah tidak menguji lebih daripada apa yang kita tidak mampu, sebaliknya Allah itu Maha Berkuasa atas setiap sesuatu, maka perlulah kita berdo'a semoga sepanjang kehidupan ini, adakah kita tergolong di kalangan hamba-hamba-Nya yang yang taat setia pada-Nya atau tidak? Sama-sama kita fikir-fikirkan.

Permulaan peperiksaan akhir yang menggerunkan, khususnya semester 4 di tahun dua ini memang amat mencabar. Tapi yang anehnya, aku tidak merasa langsung tekanan seperti biasa aku rasa pada setiap peperiksaan yang aku harungi? Mungkin semasa ulangkaji di buat, aku terasa tekanan sedikit, maklumlah peperiksaan sem 4 ini memerlukan kudrat yang amat tinggi, jika tidak, SOS jawabnya. Permulaan matapelajaran yang mencabar seperti Geofizik yang baru di ketengahkan kepada kami, banyak subtopik yang perlu di habiskan dan di fahami. Al-kisahnya, kerana hanya satu matapelajaran Geofizik ini boleh di jadikan terus program Geofizik khususnya program 3 tahun Geofizik di USM di kampus Pulau Pinang. Bayangkan kami yang baru 1 semester belajar subjek ini pun sudah tercungap-cungap, inikan pula program khusus selama 3 tahun. Mana tidak tertekannya kalau begitu?

Tetapi pasaran pelajar Geofizik ini banyak berpandukan pada Industri Petroleum, memang laku la sebab kebanyakan syarikat petroleum memang memerlukan ahli Geofizik, juga tidak ketinggalan ahli Sedimentologi dan Stratigrafi. Ketiga-tiga ini memang 'hot item' bagi pasaran industri minyak dan gas. Insha-Allah.

Semasa aku membaca blog Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, aku tersentak seketika apabila terbaca satu pepatah arab yang membawa maksud 'Permulaan itu separuh daripada sesuatu'.

Ya, barangkali sesuatu pekerjaan itu memerlukan permulaan yang jitu kerana banyak di kalangan kita (termasuk aku) yang tewas dalam setiap peperangan yang belum melabuhkan tirai, malah permulaan yang tidak begitu bersemangat akan menerbitkan satu kemalasan yang sentiasa menggelapkan dan memusnahkan semangat kita. Ya, memang betul apa yang di katakan oleh ustaz. Terdapat 3 cara yang mudah dan perlu di amalkan, pertama ialah membuat pilihan dan kemudiannya bertindak. sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, memang kita kena fikir habis-habisan agar tidak ada satu keputusan yang bodoh di buat, serta perlu di selidiki dengan cermat dan hemat, kebijaksanaan perlu ada demi mengelakkan diri di belenggu kejahilan yang boleh meratahkan saki baki landasan kita. Biasanya hasil fikiran yang betul akan membuahkan satu bentuk tindakan yang betul bila kita benar-benar serius dalam sesuatu perkara.

Kedua, bila kita sudah mengerjakan permulaan yang begitu mencabar kerana dek sikap kita yang suka memperlekehkan sesuatu, maka Allah akan permudahkan kerja kita. Apa yang penting, permulaan yang jitu perlu ada dalam setiap diri anda.

Ketiga, hati-hati kita yang sedang bertungkus-lumus memerangi kejahatan nafsu dan emosi yang tidak terkawal boleh di endapkan serta merta dengan hati yang telah di ikat serat-eratnya dengan nekad dengan harapan bahawa pengakhiran sesuatu pekerjaan akan di selesaikan dengan hasilan kualiti dan kuantiti yang tinggi. Tidak hairanlah jika kerja kita itu tidak selesai bila masalah permulaan yang lembap dan tidak bagus menjadikan jalan yang di lalui berliku-liku.

Sama bila peperiksaan menjelang. Kadang-kadang permulaan untuk mengulangkaji tidak kesampaian, syahid di awal perjuangan, sehingga membataskan keindahan pembelajaran yang hanya di kecapi seumur hidup ini. Namun alhamdulillah, setiap saat, minit, jam, hari yang di anugerahkan oleh-Nya kepada kita, banyak di lalui dengan sesi yang mulia ini.

Subjek seperti Geofizik, Hidrogeologi, Academic Reading and Writing, Statistik Asas, Geobencana, Kaedah Pemetaan dan Geologi Rantau dan Geologi Malaysia semuanya sudah habis di jawab. Namun persoalan yang bermain di fikiran selepas selesai menjalani peperiksaan ini, apakah kesudahannya itu 'indah' atau hadirnya kegelapan yang akan menyelubungi keputusan tersebut?

Tunggu dan lihat...........

Thursday, May 5, 2011

The Boy's Sanah Helwah Part 2


SGA (Smart Great Advance) courses. Very formative performance having each of them. Scrimp when talking to audience. Love them!



SGA graduation day.


First semester in Matriculation college. Being hardest by perpetually learningand try every corner I have to have.