Thursday, July 5, 2012

Car-Wein

Car-Wein, atau nama spesifiknya di kenali sebagai kahwin, adalah sinonim dengan tren orang muda sekarang. Kahwin itu tidak kira usia, tua muda, muda-tua, sederhana muda dan sebagainya.

Jodoh pula nama satu hal. Apa beza jodoh dengan kahwin? Beza ke? Atau sama je?

Biasa kita dengar orang bercakap, "Bila dah kahwin tu jodoh la namanya".

Ada juga yang berpendapat, "Dah jodoh dia, memang dia patut kahwin sama dengan sekian sekian."

Aku bukan nak kata besar ke, kecil ke, namun bila ada orang tanya pasal kahwin, fuhhh berombak-ombak saraf neuronku bergetar. Bukan apa, bila silap memberi penjelasan, memang nahas la jawabnya.

Apakah kahwin itu sekadar kahwin, kemudian beranak, mencari nafkah, membesar, menjaga sampai ke akhir tua? Apakah itu sama atau berbeza dengan kehidupan dengan orang lain?

Atau terdapat agenda yang mempunyai makna tersirat dan tersurat semasa proses ini di jalankan?

Nah, lu pkior le sendiri. Ikut kemahuan hati kata oh yeah, ikut keperluan hati kata err saya tak kisah!

-by Department of Human Resource (Nuisza Press)-

No comments:

Post a Comment