Monday, April 28, 2014

Muqaddimah Khilaaf

Assalaamu'alaykum warah matullahi wabarakatuh(hu).

MUQADDIMA(t)

Khilaaf.

Soalan yg susah nk jawab ni berbunyi, apa sebabnya terjadi khilaaf?

Jawapan paling ringkas nak jawab ialah sebab Imaam Bukhariy, Imaam Muslim, Imaam Tirmidziy, Imaam Nasa'iy datang dulu selepas Imaam Hanafiy, Imaam Maalik, Imaam Shafi'ey, dan Imaam Hanbal.

Andaikata  Imaam Bukhaariy, Imaam Muslim dll datang sebelum, Imaam Hanafiy, Imaam Maalik, Imaam Shafi'iy dan Imaam Hanbal, maka pada hari ini tidak akan ada khilaaf. Tapi apa nak buat? Allaah yang dah taqdiyr-kan begini atas 'Hikmah DIA.

Ketahuilah sebelum Mazdahib yang empat, terdapat mazdhab Ibn 'Abbbas - dimana darah tidak membatalkan wudu', mazdhab Abuw Hurayra, Mazd-hab 'Aiysha dan seterusnya.

Jadi mengapa mazdhab ini semua 'berkubur'? Sebab qawm Muslimiyn sedar bahawa ahadiysth tersebar luas kerana SAHABAT SECARA AKTIF KELUAR JIHAAD selepas matinya Rasuwlullah S'AW (sahabat tidak lagi berda'wah secara aman bermula dengan Abu Bakr, mereka terus menerus berjihad melanggar kerajaan kuffar), ketahuilah apabila orang berkata "khiylafah Islaam menguasi 2/3 dunya', ini bermaksud HANYA Khiylfah ummayah yang menakluk bumi kepada Al-Islaam dari Andalusia hingga perbatasan China. Bukan Khiylafah 'Abbasiyah ataupun 'Usthmaaniyah

Maka atas sebab hadisth yang bertaburan itu, mazdaahib diatas berkubur apabila lebih banyak hadisth dikumpulkan dan timbullah mazdaahib Hanafiyah, Malikiyah, Sha'afiyah, Hanabilah serta Zahiriyah dan Awza'iy yang tidak begitu popular.

Masalah juga timbul dalam mazdaahib generasi kedua ini kerana ahadiysth hanya mula aktif dikumpul (ya'ni dibukukan) semasa Imaam Shaf'iey dan diteruskan oleh Imaam Hanbal dan sampai kepada kemuncaknya pada zaman Imaam Bukhaariy, Imaam Muslim dan Imaam Tirmizdiy. Seperti yang telah dijelaskan, jika Imaam Bukhaari dan Imaam Muslim dan para 'aimma hadisth datang dahulu sebelum 'Aimmatul huda, maka hari ini tidak akan ada khilaaf.

Daliylnya, Fiq'h mazdhaab Hanafiy diketahui sebagai Ahlu-Rayy (ahli fikir), kerana dizaman Imaam Hanafiy, hadisth masih bertaburan, jadi Imaam Hanafiy terpaksa mengunakan 'aql untuk mentakhrij fatwa.

Imaam Maalik pula, berpegang pada hadisth bahawa 'sebaik-baik tanah adalah Madiynah, tidak mahu keluar dari Madiynah dan hanya melimitkan 'ilmu hadisthnya kepada ahlu Madiynah, dan kerana sebab itu, dia menghalang kitaabnya Al-Muwattaa dari dijadikan 'official codex' oleh khiylafah 'Abbasiyah kerana dia tahu ada hadisth lagi di Iraaq, Yemen, Shaam dan Mi'sr yang tidak ada padanya.

Manakala Imaam shafi'iy pula, cukuplah dengan statementnya sendri kepada Ahmaad Ibn Hanbal, dimana dia sendiri berkata kepada Imaam Hanbal bahawa Imaam Hanbal mempunyai lebih banyak hadisth dari dia sendri sebagai bukti.

Inilah sebenarnya punca perbezaan sains fiq'h.

Wallahu'alam

Salaamun 'ala(y) manittaba'al huda(y)